PENGENALAN

Kumpulan Kelana Laut A (Calibre Rovers), Daerah Perlis Timur, Negeri Perlis.



  • Kumpulan Kelana Laut A atau lebih dikenali sebagai Caliber Rovers merupakan sebuah kumpulan  pengakap yang didaftarkan dibawah pengakap kelana kumpulan A Daerah Perlis Timur, Negeri Perlis bagi tahun 2017. 



    Nama Kumpulan : Kumpulan Kelana Laut A Daerah Perlis Timur (Calibre Rovers)
  • Penubuhan Calibre Rovers  bermula pada tahun 2015 dibawah pengakap negeri Perlis  mengunakan nama pasukan kelana laut C Negeri Perlis. Kemudian diatas perlantikan Ketua pesuruhjaya baru pada tahun 2017 ini, Pasukan Calibre Rovers ini didaftarkan dibawah Daerah Perlis Timur.
  • Kekuatan Ahli Calibre Rovers  bagi tahun 2017 adalah seramai 18 orang yang terdiri daripada pengakap kelana negeri perlis serta  orang perseorangan yang berminat untuk menyertai Pegakap Kelana Laut Negeri Perlis. 

  • Calibre Rovers dipimpin oleh jurulatih yang bertauliah iaitu Tn.Osman Bin Omar dan  Tuan Rosli bin Abu Sarim  mempunyai sokongan kuat daripada 7 orang penolong pemimpin yang berpengalaman dan berkaliber.

  • Penubuhan Calibre Rovers adalah   bertujuan untuk Melahirkan dan mengekalkan identiti seseorang pengakap kelana disamping mempertingkatkan kemahiran dan menambah ilmu pengetahuan dalam dunia pengakap ini.

  • Selain itu, melahirkan seorang insan yang berbudi,berbakti, serta sedia menolong orang pada setiap masa menurut undang-undang pengakap seperti yang dilafazkan dalam persetiaan pengakap.

  • Pendedahan akan diberikan secara langsung dan tidak langsung kepada ahli Calibre Rovers untuk mengasah kemahiran dan menajamkan pengetahuan masing-masing disamping berkesempatan untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari secara practical untuk melengkapi satu sama lain.

 Diharap dengan penubuhan Kumpulan Kelana Laut A (Calibre Rovers) Daerah  Perlis Timur dapat menyambung legasi pengakap Negeri Perlis di masa akan datang.
 Sokongan dan Dorongan daripada semua pihak amat bermakna bagi Calibre Rovers. 



    "sekali pengakap selamanya pengakap"

No comments:

Post a Comment